Assalamualaikum buat sahabat2 seperjuangan sekalian.
Panjatkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t, selawat dan salam kepada Rasul Allah, sahabat2 baginda, dan kepada semua pengikut baginda. Kita memohon pertolongan dari Allah, hidayah dari Allah, keampunan dari Allah. Kita meminta supaya Allah menjauhkan musibah ke atas kita, keburukan pada alaman kita, sesiapa yang diberikan oleh Allah hidayah maka tiada kesesatan baginya, dan sesiapa yang disesatkan, maka tiada hidayah baginya.

Terasa lama tidak mengupdate blog ini, tiba2 je hari ini terasa free untuk menitipkan jari ini di atas keyboard. Ade lah sorang kawan kat mesia tanya saya kenapa lame tak update blog. Itulah yang menyebabkan hari ini rasa bersemangat untuk berada di depan laptop. Padahal banyak lagi subjet yang tak cover.... dan tak faham.... Saya dengan rasa rendah diri memohon supaya sahabat2 doakan saya agar di permudahkan dalam belajar.

Jika kita mengaku kita adalah pendokong agama Allah, maka tidak dapat tidak bekalan ilmu itu adalah penting, sama ada ilmu agama atau pun ilmu dunia. Islam akan bangkit sekira ummatnya berilmu, tidak hanya cukup dengan semangat untuk berjuang. Kerana jika kita hanya semata2 bersemangat tanpa berilmu, kelak suatu masa semangat kita akan menurun, pada masa itulah kita akan gugur di atas jalan pilihan kita. Tetapi jika ilmu adalah penggerak kita, maka kita akan faham dengan jalan yang kita pilih. Pada kefahaman yang jelas itulah menjadi momentum kita untuk terus bergerak di atas jalan yang di pilih. Ini kerana kefahaman itu tidak akan berkurang, tetapi semangat itu akan berkurang bila mana kita di uji.

Nabi Nuh berdakwah atas dasar kefahaman baginda terhadap tugas sebagai Nabi, walaupun bilangan yang memeluk Islam amatlah sedikit. Itu bukan sebagai penghalang. Allah menukilkan dalam al-Quran surah Nuh bagaimana dakwah yang dijalankan baginda siang dan malam, namun akhirnya kaum nabi Nuh ditenggelamkan oleh Allah dalam banjir yang besar atas keengganan mereka menerima seruan Nuh.

Wahyu pertama yang di turunkan oleh Allah adalah berkaitan dengan ilmu iaitu seruan Alllah supaya kita membaca dan mendalami ilmu. Lihat bagaimana agama kita amat menitikberatkan ilmu, sehinggakan jika kita bersembahyang sekhushuk mana sekali pun, tetapi jika kita tidak mengetahui rukun2 solat serta perkara yang boleh membatalkan solat, maka solat itu tidak akan diterima Allah, walhal solat itu didirikan dengan penuh bersemangat.

Dalam surah al-Baqarah, Allah menyebutkan:
"dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama benda semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada malaikat, sraya berfirman "sebutkan kepada-Ku nama benda semua ini, jika kamu yang benar" al-baqarah 31
Perkara pertama yang Allah kurniakan kepada nabi Adam adalah ilmu dengan mengajarkan kepada Adam nama benda2 tersebut. Lihatlah wahai sahabat2 martabat ilmu dalam Islam.

Ilmu itu bukan kepunyaan orang bijak pandai, bukan kepunyaan mereka yang kaya, tetapi ilmu itu milik mereka yang mencari ilmu. Semakin kita mengejar ilmu, semakin ilmu mendekati kita. Semakin kita diterangi dengan cahaya. Orang yang mencari ilmu laksana orang yang sesat di dalam gua yang gelap, cahaya pelita ibarat ilmu, bila mana mati pelita itu, maka gelap gelitalah sekitarnya.

Akal yang dikurniakan oleh Allah akan menilai baik buruk sesuatu ilmu. Jika rosaknya akal, maka hilanglah pertimbangan manusia dan hilanglah kemuliaan manusia. Pasukan tentera yang menjajah sesuatu negara, mungkin boleh membunuh dan menyeksa rakyat dalam negara tersubut secara fizikal, tetapi sekali-kali tidak dapat menguasai pemikiran dan akal bangsa tersebut. Kerana sifat akal itu adalah bebas, tidak akan dijajah, selagi mana akal itu adalah akal yang sihat.

Moga2 kita digolongkan dalam golongan mereka yang mencintai ilmu, menjadikan ilmu sebagai kekuatan kita.


p/s: jom pakat2 turun sambutan raya PERUBATAN.