Assalamualaikum buat sahabat2 seperjuangan sekalian.
Panjatkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t, selawat dan salam kepada Rasul Allah, sahabat2 baginda, dan kepada semua pengikut baginda. Kita memohon pertolongan dari Allah, hidayah dari Allah, keampunan dari Allah. Kita meminta supaya Allah menjauhkan musibah ke atas kita, keburukan pada alaman kita, sesiapa yang diberikan oleh Allah hidayah maka tiada kesesatan baginya, dan sesiapa yang disesatkan, maka tiada hidayah baginya.

Terasa lama tidak mengupdate blog ini, tiba2 je hari ini terasa free untuk menitipkan jari ini di atas keyboard. Ade lah sorang kawan kat mesia tanya saya kenapa lame tak update blog. Itulah yang menyebabkan hari ini rasa bersemangat untuk berada di depan laptop. Padahal banyak lagi subjet yang tak cover.... dan tak faham.... Saya dengan rasa rendah diri memohon supaya sahabat2 doakan saya agar di permudahkan dalam belajar.

Jika kita mengaku kita adalah pendokong agama Allah, maka tidak dapat tidak bekalan ilmu itu adalah penting, sama ada ilmu agama atau pun ilmu dunia. Islam akan bangkit sekira ummatnya berilmu, tidak hanya cukup dengan semangat untuk berjuang. Kerana jika kita hanya semata2 bersemangat tanpa berilmu, kelak suatu masa semangat kita akan menurun, pada masa itulah kita akan gugur di atas jalan pilihan kita. Tetapi jika ilmu adalah penggerak kita, maka kita akan faham dengan jalan yang kita pilih. Pada kefahaman yang jelas itulah menjadi momentum kita untuk terus bergerak di atas jalan yang di pilih. Ini kerana kefahaman itu tidak akan berkurang, tetapi semangat itu akan berkurang bila mana kita di uji.

Nabi Nuh berdakwah atas dasar kefahaman baginda terhadap tugas sebagai Nabi, walaupun bilangan yang memeluk Islam amatlah sedikit. Itu bukan sebagai penghalang. Allah menukilkan dalam al-Quran surah Nuh bagaimana dakwah yang dijalankan baginda siang dan malam, namun akhirnya kaum nabi Nuh ditenggelamkan oleh Allah dalam banjir yang besar atas keengganan mereka menerima seruan Nuh.

Wahyu pertama yang di turunkan oleh Allah adalah berkaitan dengan ilmu iaitu seruan Alllah supaya kita membaca dan mendalami ilmu. Lihat bagaimana agama kita amat menitikberatkan ilmu, sehinggakan jika kita bersembahyang sekhushuk mana sekali pun, tetapi jika kita tidak mengetahui rukun2 solat serta perkara yang boleh membatalkan solat, maka solat itu tidak akan diterima Allah, walhal solat itu didirikan dengan penuh bersemangat.

Dalam surah al-Baqarah, Allah menyebutkan:
"dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama benda semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada malaikat, sraya berfirman "sebutkan kepada-Ku nama benda semua ini, jika kamu yang benar" al-baqarah 31
Perkara pertama yang Allah kurniakan kepada nabi Adam adalah ilmu dengan mengajarkan kepada Adam nama benda2 tersebut. Lihatlah wahai sahabat2 martabat ilmu dalam Islam.

Ilmu itu bukan kepunyaan orang bijak pandai, bukan kepunyaan mereka yang kaya, tetapi ilmu itu milik mereka yang mencari ilmu. Semakin kita mengejar ilmu, semakin ilmu mendekati kita. Semakin kita diterangi dengan cahaya. Orang yang mencari ilmu laksana orang yang sesat di dalam gua yang gelap, cahaya pelita ibarat ilmu, bila mana mati pelita itu, maka gelap gelitalah sekitarnya.

Akal yang dikurniakan oleh Allah akan menilai baik buruk sesuatu ilmu. Jika rosaknya akal, maka hilanglah pertimbangan manusia dan hilanglah kemuliaan manusia. Pasukan tentera yang menjajah sesuatu negara, mungkin boleh membunuh dan menyeksa rakyat dalam negara tersubut secara fizikal, tetapi sekali-kali tidak dapat menguasai pemikiran dan akal bangsa tersebut. Kerana sifat akal itu adalah bebas, tidak akan dijajah, selagi mana akal itu adalah akal yang sihat.

Moga2 kita digolongkan dalam golongan mereka yang mencintai ilmu, menjadikan ilmu sebagai kekuatan kita.


p/s: jom pakat2 turun sambutan raya PERUBATAN.

KUN RABBANIYYIN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum buat sahabat2.
Pertamanya saya ingin memohon ribuan kemaafan buat sahabat2 sekalian atas ketidak aktifan blog ini untuk meng'update' posts baru sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana ketidak pandaian saya untuk menyusun masa apabila dibebani dengan sedikit tugas menyebabkan jadual seharian tidak tersusun. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kerana Allah masih lagi mengurniakan nikmat masa dan sihat untuk meneruskan lagi tugas2 kita di bumi Allah.

Keduanya, saya ingin menyusun sepuluh jari jemari memohon ampun dan maaf kedapa sahaba2 sekalian sempena menyambut syawal yang berbahagia ini. Moga2 kedatangan syawal pada tahun ini dapat menjernihkan lagi perhubungan kita dengan sahabat2 ataupun sesama saudara. Andai kata ada rasa tidak puas hati sesama kita, ayuh kita menjadikan bulan ini sebagai tali penghubung untuk mengikat kembali persaudaraan kita sesama Islam.
Di kesempatan ini, suka saya berkongsi sedikit bersama sahabat2 tentang satu hadith (kalau x silap) yang menyeru kita supaya menjadi hamba kepada Allah, bukan hamba kapada Ramadhan.
"kun rabbaniyyin wa la takun ramadhaniyyin"

Andaikata ramadha berlalu meninggalkan kita, adakah kita masih lagi meneruskan amalan2 kita seperti di bulan Ramadhan? Jika kita menjadi hamba kepada Allah, bukan hamba kepada Ramadhan, nescaya kita masih lagi bersemangat untuk meneruskan amalan2 kita seperti di bulan ramadhan.

Kita memohon kepada Allah s.w.t supaya diberi kekuatan dan istiqamah dalam amalan kita, kerana istiqamah itu lebih baik daripada seribu karamat.

p/s: selamat datang kepada adik2 baru PERUBATAN
: summer break dah nak habis dah, kuliah bermula



Photobucket




Photobucket


BULAN YANG DIRINDUI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“Ya Allah… ketemukan kami dengan bulan ramadhan”

Begitulah lazimnya doa kita apabila bulan Ramadhan semakin hampir dengan kita. Ramadhan, suatu bulan yang dirindui dan dinanti2kan oleh hamba yang mengerti dan menghayati falsafah Ramadhan.

Ketika zaman para Sahabat (keredhaan Allah pada mereka), mereka meresa begitu seronok dan tidak sabar2 menantikan menjelmanya Ramadhan. Inilah peluang mereka merebut ‘tawaran’ yang telah dibuat oleh Allah.

Namun agaknya berbeza untuk sesetengah daripada kita, yang merasakan agak terbeban tatkala tiba Ramadhan. Mana tidaknya, makan tak boleh, perlu bayar zakat kepada mereka yg wajib, ade solat tarawih pulak tu, dll….

Sebenarnya mungkin kita tersalah tafsir dengan falsafah bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bukan semata2 bulan untuk berpuasa, bukan semata2 bulan sihat, malah ia mendidik manusia dari sudut jasmani dan roh.

“Wahai orang2 yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” al-Baqarah, 183

Ayat tersebut sangat famous dan sering didengari tatkala khatib berkhutbah di ambang Ramadhan.

Namun bak kata orang tua2, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Falsafah puasa adalah supaya “agar kamu bertaqwa”. Bulan Ramadhan bukan semata2 untuk menghasilkan umat yang sihat, bahkan lebih daripada itu, iaitu taqwa. Namun tidaklah salah kita mengatakan puasa itu merupakan satu wasilah untuk kita sihat, tetapi kita menjadikan sihat merupakan ‘hadaf’ utama kita berpuasa, itulah yang menjadi masalah.

Maka dengan sebab itulah bulan Ramadhan gagal memberi kesan pada roh kita, tetapi hanya pada fizikal iaitu kita menjadi lebih sihat. Dengan itu, kita telah gagal.

Satu persepsi yang salah masyarakat kita terhadap Ramadhan, iaitu kita sering mendengar kita dah dekat dah bulan puasa nih….” Masyarakat umum cenderung menggunakan perkataan “puasa” berbanding “Ramadhan”, maka telah menjadi kebiasaan kita apabila tibanya bulan Ramadhan, yang tergambar dalam kepala kita adalah puasa.

Dalam bulan Ramadhan kita digalakkan antaranya untuk memperbanyakkan sedekah.

Sedekah merupakan satu amalan yang terdapat dalam agama Islam untuk menjaga harta umatnya.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan, katakanlah , ‘harta apa saja yang kamu infakkan hendaknay diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim orang miskin dan orang dalam perjalanan’…….” Al-Baqarah 215

Galakan bersedekah dalam Islam menunjukkan bahawa agama Islam menjaga masyarakat. Islam tidak pernah meminggirkan golongan miskin dalam masyarakat, bahkan mereka diberi perhatian dalan Islam melalui konsep bersedekah. Maka melalui cara ini, masyarakat akan seimbang, golongan miskin tidak akan membenci yang kaya, dan yang kaya mempunyai mahabbah terhadap mereka yang miskin. Kadang2, kes jenayah rompakan yang berlaku disebabkan hilangnya mahabbah dalam masyarakat, mereka yang kaya tidak mengasihani yang miskin, maka timbullah rasa tidak puas hati.

Bahkan dengan falsafah sedekah dalam Islam menggambarkan bahawa agama ini menganjurkan kita supaya memiliki harta, dengan harta tersebut kita dapat bersedekah. Namun ada yang mengatakan bahawa kekayaan menyebabkan kita jauh daripda Allah, sepertimana falsafah yahudi mengatakan bahawa “ seungguhnya memasukkan unta ke dalam lubang jarum adalah lebih mudah berbanding memasukkan orang kaya ke dalam syurga”.

Kita mengharapkan agar falsafah Ramadhan dapat membentuk diri kita hamba yang bertaqwa dan mencapai maksud Ramadhan yang sebenar. Amin…..



KUNTUM



Salam buat sahabat2 sekalian. Pada 6-8/8/09 baru2 ini ana sempat menyertai satu program anjuran PC Iskandariah. Program ini adalah di bawah program Enjoy The Summer 09. Pada asalnyer program ni nak buat kat Zaqziq, tetapi perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.

“KUNTUM”, Kembara Ukhwah dan Thaqofah. Itulah nama program tersebut. Erm…. Bestkan nama program tu. First time ana dengar nama program tu, ana dah rasa tertarik untuk join program tersebut. Pandai dak2 Alex ni pilih nama untuk program tersebut. KUNTUM merupakan satu program yang berbentuk daurah (diskusi) kitab disamping merapatkan ukhwah ahli PERUBATAN. Kitab yang dipilih unttuk didiskusi ialah Al-Kabair (Dosa2 besar) karangan Imam Zahabi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Salman Maskuri.

Suka untuk ana berkongsi dengan sahabat2 mengenai satu dosa besar yang ditulis dalam kitab tersebut ialah pemimpin yang membohongi dan menzalimi rakyat. Kejatuhan system khalifah Islam pada 1924 telah mengakibatkan umat Islam menjadi semakin lemah dan berpecah. Umat Islam tidak lagi dinaungi oleh satu kerajaan Islam yang kuat, dan kerajaan Islam pada ketika itu semakin berpecah dan sehingga hari ini masih tiada satu pun kerajaan islam yang betul2 kuat untuk menaungi “kita” semua.

Apakah tiada kerajaan Islam pada masa kini? Adakah “kita” tidak mempunyai kuasa dan kekayaan? Jawapannya adalah “kita” ada semua itu. Bahkan banyak kerajaan Islam, dan Allah telah menganugrahkan pelbagai kekayaan kepada negara Islam, seperti petroleum, bijih timah, dan bahan galian lain. Namun seakan2 “kita” melupakan semua ini, dan tidak merasai nikmat tersebut.

Jika kita lihat pada hari ini, memang negara2 Islam pada masa kini dipimpin oleh pemimpin2 Islam, dan mereka pun mengakui bahawa negara mereka adalah negara Islam. Adakah cukup mereka hanya mengaku bahawa adalah kerajaan Islam tanpa melaksanakan tuntutan2 Islam dalam pemerintahan mereka? Adakah mereka mengaku bahawa mereka adalah kerajaan Islam sedangkan mereka masih lagi menindas dan membohongi rakyat mereka?

Berapa ramai dalam kalangan pemimpin Islam yang mempunyai harta kekayaan dan berapa ramai pula umat Islam yang kebuluran? Mereka mengaku kerajaan mereka adalah kerajaan Islam, tetapi mereka masih lagi mengamalkan system demokrasi atau pun kapitalis yang menyalahi ajaran Islam. Di sinilah masalah kita pada hari ini. Kita telah lihat dengan mata kita sendiri bagaimana system kapitalis kewangan U.S telah ranap dalam sekelip mata. Kita juga telah melihat bagaimana jatuhnya system kominis, nasionalis dan kapitalis, tetapi pemimpin kita seakan2 buta dan masih lagi mengamalkan sistem2 tersebut. Sedangkan telah terbukti 1400 tahun lalu bagaimana system Islam yang dilaksanakan Nabi Muhammad, sahabat2 dan khalifah2 mampu menguasai dunia dan menjadikan mereka kerajaan Islam yang disegani dan digeruni.

Adakah pemimpin2 Islam kini tidak lihat sejarah2 dahulu? Cukuplah mereka menbohongi kita dengan mengatakan mereka adalah kerajaan Islam sedangkan mereka masih lagi rasuah, memakan harta rakyat, menangkap individu yang tidak bersalah, dan enggan mengamalkan Islam dalam pemerintahan. Ingatlah bahawa manusia2 yang merebut jawatan/ kepimpinan di dunia, mereka akan menjadi golongan yang menyesal di akhirat kerana mereka tidak melaksanakan amanah tersebut.

Apa yang kita patut lakukan adalah dengan memberi kefahaman kepada masyarakat dan pemimpin bahawa mereka adalah kerajaan Islam, dan menjadi kawajiban untuk mereka melaksanakan Islam dalam pemerintahan mereka. Biarlah timbul kesedaran dalam naluri mereka (pemimpin2) bahawa mereka adalah Islam, masih belum terlambat untuk malakukan perubahan. Dan ingatlah janji Allah dalam Al-Quran bahawa Allah akan menggantikan dengan kaum golongan yang lain sekiranya kaum yang masih ada tidak lagi mampu melaksanakan hukum Allah.

P/S: Tahniah ajk KUNTUM 09

Free

free- sami yusof

Assalamualaikum buat sahabat2.
Ana terasa terpanggil untuk berkongsi bersama sahabat2 berkenaan dengan satu tragedy yang menimpa seorang wanita muslim di German. Mungkin kita merasakan bahawa tragedy malang ini telah lama berlalu, dan barangkali hampir luput dari ingatan kita. Namun adakah kita sedar bahawa kejadian ini telah mangaibkan umat Islam, dan mencabul hak kebebasan beragama.
Mana tidaknya, adakah logic di akal yang waras untuk menuduh seorang wanita yang berjilbab itu sebagai pengganas? Atau adakah mereka yang non muslim itu sengaja mencari ‘bahan’ untuk menghentam yang muslim? Atau adakah mereka cemburu dengan wanita muslim yang bertudung?
Apakah sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah ini salah satu petanda dekatnya kita dengan ‘hari yang dijanjikan’? Sebagaimana hadith Nabi bahawa kita di akhir zaman mempunyai bilangan yang ramai, tetapi kita tidak mempunyai kekuatan bahkan sering ditindas dan tertindas. Atau adakah jika kita berpegang kepada agama seperti kita menggam bara api? Aduh…. Bagaimana kita boleh bertahan untuk menggenggam bara api? Sama ada bara api tersebut akan terpadam atau tangan kita yang akan melecur.


ALHAMDULILLAH

Syukur alhamdulillah kerana akhirnya dapat memiliki blog sendiri. Waaupun rancangan ini telah lama diimpikan, namun baru sekarang ia menjadi kenyataan disebabkan oleh masalah2 tertentu. Diharapkan agar dengan blog ini dapat melatih diri ini untuk lebih matang dan berani dalam melontarkan idea2 terhadap sesuatu isu yang dirasakan perlu.
Blog ini adalah sekadar lontaran idea2, justeru ana bersedia untuk menerima teguran daripada sahabat2 jika seandainya idea2 tersebut dirasakan salah dan tidak releven.
Semoga dengan penulisan2 yang akan datang dapat memberi sedikit idea untuk sahabat2 dan bukanlah untuk dijadikan rujukan.