BULAN YANG DIRINDUI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“Ya Allah… ketemukan kami dengan bulan ramadhan”

Begitulah lazimnya doa kita apabila bulan Ramadhan semakin hampir dengan kita. Ramadhan, suatu bulan yang dirindui dan dinanti2kan oleh hamba yang mengerti dan menghayati falsafah Ramadhan.

Ketika zaman para Sahabat (keredhaan Allah pada mereka), mereka meresa begitu seronok dan tidak sabar2 menantikan menjelmanya Ramadhan. Inilah peluang mereka merebut ‘tawaran’ yang telah dibuat oleh Allah.

Namun agaknya berbeza untuk sesetengah daripada kita, yang merasakan agak terbeban tatkala tiba Ramadhan. Mana tidaknya, makan tak boleh, perlu bayar zakat kepada mereka yg wajib, ade solat tarawih pulak tu, dll….

Sebenarnya mungkin kita tersalah tafsir dengan falsafah bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bukan semata2 bulan untuk berpuasa, bukan semata2 bulan sihat, malah ia mendidik manusia dari sudut jasmani dan roh.

“Wahai orang2 yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” al-Baqarah, 183

Ayat tersebut sangat famous dan sering didengari tatkala khatib berkhutbah di ambang Ramadhan.

Namun bak kata orang tua2, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Falsafah puasa adalah supaya “agar kamu bertaqwa”. Bulan Ramadhan bukan semata2 untuk menghasilkan umat yang sihat, bahkan lebih daripada itu, iaitu taqwa. Namun tidaklah salah kita mengatakan puasa itu merupakan satu wasilah untuk kita sihat, tetapi kita menjadikan sihat merupakan ‘hadaf’ utama kita berpuasa, itulah yang menjadi masalah.

Maka dengan sebab itulah bulan Ramadhan gagal memberi kesan pada roh kita, tetapi hanya pada fizikal iaitu kita menjadi lebih sihat. Dengan itu, kita telah gagal.

Satu persepsi yang salah masyarakat kita terhadap Ramadhan, iaitu kita sering mendengar kita dah dekat dah bulan puasa nih….” Masyarakat umum cenderung menggunakan perkataan “puasa” berbanding “Ramadhan”, maka telah menjadi kebiasaan kita apabila tibanya bulan Ramadhan, yang tergambar dalam kepala kita adalah puasa.

Dalam bulan Ramadhan kita digalakkan antaranya untuk memperbanyakkan sedekah.

Sedekah merupakan satu amalan yang terdapat dalam agama Islam untuk menjaga harta umatnya.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan, katakanlah , ‘harta apa saja yang kamu infakkan hendaknay diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim orang miskin dan orang dalam perjalanan’…….” Al-Baqarah 215

Galakan bersedekah dalam Islam menunjukkan bahawa agama Islam menjaga masyarakat. Islam tidak pernah meminggirkan golongan miskin dalam masyarakat, bahkan mereka diberi perhatian dalan Islam melalui konsep bersedekah. Maka melalui cara ini, masyarakat akan seimbang, golongan miskin tidak akan membenci yang kaya, dan yang kaya mempunyai mahabbah terhadap mereka yang miskin. Kadang2, kes jenayah rompakan yang berlaku disebabkan hilangnya mahabbah dalam masyarakat, mereka yang kaya tidak mengasihani yang miskin, maka timbullah rasa tidak puas hati.

Bahkan dengan falsafah sedekah dalam Islam menggambarkan bahawa agama ini menganjurkan kita supaya memiliki harta, dengan harta tersebut kita dapat bersedekah. Namun ada yang mengatakan bahawa kekayaan menyebabkan kita jauh daripda Allah, sepertimana falsafah yahudi mengatakan bahawa “ seungguhnya memasukkan unta ke dalam lubang jarum adalah lebih mudah berbanding memasukkan orang kaya ke dalam syurga”.

Kita mengharapkan agar falsafah Ramadhan dapat membentuk diri kita hamba yang bertaqwa dan mencapai maksud Ramadhan yang sebenar. Amin…..



0 comments: