Assalamualaikum buat sahabat2.
Ana terasa terpanggil untuk berkongsi bersama sahabat2 berkenaan dengan satu tragedy yang menimpa seorang wanita muslim di German. Mungkin kita merasakan bahawa tragedy malang ini telah lama berlalu, dan barangkali hampir luput dari ingatan kita. Namun adakah kita sedar bahawa kejadian ini telah mangaibkan umat Islam, dan mencabul hak kebebasan beragama.
Mana tidaknya, adakah logic di akal yang waras untuk menuduh seorang wanita yang berjilbab itu sebagai pengganas? Atau adakah mereka yang non muslim itu sengaja mencari ‘bahan’ untuk menghentam yang muslim? Atau adakah mereka cemburu dengan wanita muslim yang bertudung?
Apakah sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah ini salah satu petanda dekatnya kita dengan ‘hari yang dijanjikan’? Sebagaimana hadith Nabi bahawa kita di akhir zaman mempunyai bilangan yang ramai, tetapi kita tidak mempunyai kekuatan bahkan sering ditindas dan tertindas. Atau adakah jika kita berpegang kepada agama seperti kita menggam bara api? Aduh…. Bagaimana kita boleh bertahan untuk menggenggam bara api? Sama ada bara api tersebut akan terpadam atau tangan kita yang akan melecur.


4 comments:

musegalo said...

ana setuju denge gapo hok ustak Wea tulis..

Hazwan Ibnu Rusli said...

to esun
dat jgk mu jejak blog aku....

MAWAR BERDURI said...

Itulah dia nasib yang menimpa golongan ghuraba' hari ini.. Namun, syuhada'lah hadiah buat mereka yang terpilih...

Hazwan Ibnu Rusli said...

to asmaasolehah
mereka telah syahid di jalan Allah, bagaimana kita? moga2 husnul khatimah milik kita semua.